Tuesday, October 23, 2012

ViDeO


Mengapa saya post video ini sebab mmg mantap, Lagu die dn video mmg sangat serasi, sangat smooth dn mantap.

Serius sila tgk sampai habis

Tuesday, October 16, 2012

Dosa mematikan Hati


Kita telah membicarakan di dalam tulisan yang lepas tentang beberapa kesan yang menimpa seseorang hamba akibat daripada dosa yang dilakukannya di mana pada keseluruhannya di penghujung adalah mematikan hati dan mungkin lebih jauh dari itu..Ini kerana hati yang mati adalah balasan di dunia kepada orang yang berbuat dosa. 

Di dalam tulisan ini kami akan melengkapkan peringatan tentang kesan-kesan dosa ini seperti yang dinyatakan oleh para salafussoleh kerana mengharapkan supaya manusia berhenti dari melakukan dosa dan berusaha untuk bertaubat..seperti yang kami nyatakan sebelum ini bahawa pengetahuan tentang keburukan akibat melakukan dosa dan betapa keji kesan perbuatan maksiat akan membantu seseorang untuk beristiqamah dalam perkara ketaatan dan berwaspada daripada melakukan sebarang dosa. 

Di antara kesannya ialah rezeki yang berkurangan atau sempit. Seseorang hamba diharamkan memperolehi rezeki lantaran dosa yang dilakukan. Sabda nabi saw:

“Seorang lelaki yang melakukan dosa diharamkan (disempitkan) daripada memperolehi rezeki”. (Ibn Majah dan Ahmad)

Di antaranya, hilang kemanisan dan keghairahan semasa melakukan ibadah dan ketaatan, lalu bertukar menjadi kebencian dan kehinaan. Di antaranya juga menyebabkan hati manusia menjadi benci dan menjauhkan diri daripadanya.

Di antaranya, hilang sesuatu yang terpenting baginya iaitu masa yang tidak boleh ditukar ganti dan tidak akan kembali semula sampai bila-bila. Masanya hilang dengan sia-sia bermaksud hilangnya keseluruhan hidupnya kerana masa adalah kehidupan. Barangsiapa yang mensia-siakan masanya bererti ia telah merugikan aset, menghilangkan asal kewujudannya dan asas pembinaannya.

Di antaranya, tompokan atau tutupan ke atas hatinya. Seorang hamba yang berbuat sesuatu dosa akan terdapat satu titik hitam di dalam hatinya. Seandainya dia bertaubat titik hitam itu akan terpadam tetapi seandainya terus melakukan dosa yang lain, maka akan bertambah titik hitam itu dan akan terus memenuhi hatinya. Ini yang dikatakan menutupi hati. Firman Allah:  

Sekali-kali tidak (demikian), Sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka .” (Al-Mutaffifin: 14)

Justeru seseorang hamba itu diharamkan dari merasai kemanisan beribadah. Apabila ia mengerjakan ketaatan, maka ia tidak merasai kemanisan dan kekuatan hasil daripada ketaatan dan ia tidak memperolehi pertambahan iman, kecerdasan dan keghairahan kepada akhirat, padahal mengerjakan perkara ketaatan sudah semestinya akan membuahkan kesan-kesan ini.

Menurut Ibn Qayyum Rahimahullah di dalam kitabnya ‘Ad-Da’ wad-Dawa’: “Cara mencegah daripada menerima balasan akibat perbuatan dosa ialah dengan mengerjakan perkara ketaatan dan menghentikan dosa dengan ketaatan yang lain. Kemudian menghentikan dosa dengan ketaatan yang ketiga, kemudian keempat dan seterusnya. Oleh itu ia menghentikan perbuatan dosa dengan pelbagai ketaatan ataupun ibadah. Setiap satu ibadah adalah lebih baik baginya daripada dunia dan segala isinya. Hal ini laksana seorang lelaki yang memakan pelbagai jenis makanan yang baik baginya akan menghindarkan dirinya daripada penyakit yang berpanjangan” .
Sesuatu dosa akan mengundang dosa yang lain, kemudian akan menambahkan dosa yang lain lagi, kemudian dosa yang ketiga, kemudian bergabung tiga jenis doa, lalu mengundang dosa yang keempat dan begitulah seterusnya hingga dosanya telah sebati dan meresap di dalam dirinya. Ini kerana balasan sesuatu kesalahan adalah kesalahan seterusnya. Begitulah yang ditegaskan oleh para salafussoleh.

Oleh itu lenyap apa yang ia sukai dan yang baik baginya, kerana Allah tidak mempertemukan kepada hambaNya keseronokan perkara haram di dunia dan keseronokan apa yang ada di akhirat. Firman allah:  

“Dan (Ingatlah) hari (ketika) orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan): "Kamu Telah menghabiskan rezkimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu Telah bersenang-senang dengannya; Maka pada hari Ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan Karena kamu Telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan Karena kamu Telah fasik". (Al-Ahqaf: 20)

Ini kerana orang mukmin tidak akan dilenyapkan kesenangan-kesenangannya di dunia, tetapi seorang mukmin mestilah meninggalkan sebahagian kesenangannya di dunia untuk kesenangan di akhirat. Sedangkan orang kafir mereka tidak beriman dengan hari akhirat, kerana itu mereka begitu ghairah dan bersungguh-sungguh menikmati kesenangan semasa di dunia.

Perbuatan dosa mencegah hati daripada berangkat meninggalkan hal dunia dan menumpukan hal akhirat. Hati yang dikotori perbuatan dosa terus kebingungan dan kehilangan panduan hinggalah hati itu meninggalkan hal dunia dan menumpukan hal akhirat. Apabila hati cenderung kepada akhirat, maka ia semasa di dunia akanmemperolehi taufik dan pemeliharaan Allah dari semua arah dan sentiasa bertambah dengan bekal iman dan takwa sehingga penghujung nyawanya..Sebaliknya kalau hatinya tidak cenderung kepada hal akhirat, maka sudah pasti hatinya akan merasa sempit, payah, letih, malas dan berat untuk berbuat kebaikan.

Di antara kesan yang paling serius, musibah yang paling berat dan luka yang paling kronik ialah Allah, para malaikat dan hamba menjauhkan diri darinya..Oleh itu seorang hamba yang tidak melakukan ketaatan dan sibuk dengan kemaksiatan pasti Allah menjauhkan darinya. Begitu juga para malaikat dan hamba keseluruhannya. Sama seperti jikalau seorang hamba menerima Allah dengan melakukan perkara ketaatan, maka Allah juga akan menerimanya dengan memberikan taufik dan hidayah. Begitu juga makhluk Allah yang lain turut menerima dengan mendoakan kesejahteraan dan pemeliharaan daripada dosa.

Kesimpulannya bahawa kesan-kesan maksiat yang buruk lebih banyak daripada yang diketahui oleh seorang hamba. Begitu juga kesan-kesan ketaatan lebih banyak daripada yang diketahui oleh seorang hamba. Justeru kebaikan di dunia dan akhirat terhasil daripada ketaatan kepada Allah dan keburukan di dunia dan akhirat terhasil daripada kemaksiatannya.

Terjemahan daripada http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=14598&SecID=360

Jadilah kita orang yang sentiasa memperbaiki hati, baik hati, tenteramlah hidup

Saturday, October 13, 2012

Kisah Abu Ghayyath


Dikisahkan bahawa seorang yang sangat zuhud bernama Abu Ghayyath. Beliau tinggal di dalam kawasan perkuburan di Bukhara. Pada suatu hari beliau pergi ke kota untuk menziarahi seorang saudaranya. Beliau bertembung dengan sekumpulan budak-budak lelaki (anak-anak atau hamba kepada gabenor, Nasar bin Ahmad). Bersama budak-budak tersebut penyanyi dan penghibur. Mereka baru keluar dari istana gabenor dalam keadaan bersuka ria dengan kelakuan yang tidak senonoh. Kebetulan hari itu adalah hari gabenor menerima tetamu.

Manakala Abu Ghayyath terpandang keadaan budak-budak itu, dia berkata kepada diri sendiri: "Wahai diriku, satu kejadian telah berlaku. Jika engkau diam, bererti engkau terlibat sama!" Lalu dia mengangkat kepalanya ke langit memohon pertulungan dengan Allah. Dia mengambil tongkatnya dan mengetuk budak-budak itu dengan sekali ketuk. Budak-budak itu lari lintang pungkang, meluru memasuki istana gabenor. Mereka menceritakan apa yang berlaku. Gabenor memanggil Abu Ghayyath masuk mengadap. 

Dan berlakulah soal jawab antara gabenor dengan Abu Ghayyath:

G: Tidakkah engkau tahu bahawa sesiapa yang derhaka kepada gabenor, dia akan makan tengahari di dalam penjara?

AG: Tidakkah engkau tahu bahawa sesiapa yang derhaka kepada ar-Rahman, dia akan makan malam di dalam an-Niran (api neraka)?

G: Siapa yang melantik engkau sebagai penguatkuasa?

AG: Yang melantik engkau menjadi gabenor

G: Aku dilantik oleh Khalifah.

AG: Dan aku dilantik oleh Tuhan Khalifah.

G: Aku bebaskan engkau dan melantik engkau sebagai penguatkuasa di Samarqand

AG: Aku mengelakkan diriku darinya

G: Anehnya engkau! Engkau menguatkuasa ketika engkau tidak dilantik. Dan engkau enggan bila dilantik.

AG: Kerana, jika engkau melantikku, engkau yang akan memecatku. Jika Tuhanku yang melantikku, tiada seorangpun yang boleh memecatku.

G: Mintalah apa hajatmu.

AG: Hajatku ialah supaya engkau memulangkan kemudaanku

G: Itu bukan terletak di bawah kekuasaanku. Adakah engkau mempunyai hajat lain daripada itu?

AG: Aku ingin supaya engkau tulis surat kepada Penjaga Neraka agar dia tidak mengazabku.

G: Itupun bukan di bawah kekuasaanku. Adakah engkau mempunyai hajat yang lain?

AG: Aku bersama Tuhan Pemilik segala hajat semuanya. Aku tidak meminta sesuatupun hajatku daripadaNya kecuali Dia memberikannya kepadaku.

Akhirnya gabenor melepaskan Abu Ghayyath pergi meninggalkan istananya.

Dari kitab: Zad al-Murabbin.

Saturday, October 6, 2012

Luar KoTaK

Bukan nk mnghntam atau mngkritik sesiapa,

Cuma, perlu lah kita jangan terima berita bulat2, bila kita berbicara tentang pemerintah, pembangkang,
akan sentiasa ada perlawanan, bahkan boleh smpai tahap kritikal.

mcm video nih ^^


Perlawanan yang kadang2 kita pon xtahu siapa betul dn siapa salah. cuma saya sbgai rakyat biasa memandang pemimpin sbgai bukan sebarang pemimpin, penuh dengan 'bijaksana' dn penuh dengan perncangan (entah baik/jahat).

Ini




dan ini





Saya sebagai yg xbeberapa pandai ekonomi ni msih tercungap2 nk paham.. bhasa ekonomi mmg ssh nk paham, apatah lg susah apabila dibentang oleh pemimpin 'politik'.

Macam dalam kelas, cikgu/pensyarah kata "Bola", kami dengar dn faham "bola", lepas tu cikgu/pensyarah tanya "semua faham?", satu kelas diam tidak berkata apa sambil mengangguk kepala. Lalu pensyarah/cikgu kata " Bagus semua faham, itulah orang melayu, sentiasa angguk, tp bg ujian secara spontan semua tak boleh jawab, bla...bla...." pensyarah/cikgu seolah-olah memarahi pelajar2 kerana tidak bertanya.

Hahaha, lawakla pensyarah2/cikgu2 ni, mcm x pernah jadi pelajar pulak, kami hanya menerima bulat2 apa yg anda kata kerana itu satu benda baru untuk kami, bila buat ujian bkn mngeritik tapi sepatutnya bukalah minda pelajar supaya faham bola tu bulat, ade warna-warni, digunakan utk pelbagai sukan. Bukan semua pelajar dianugerahkan dengan kepandaian dn kritikal thinking yg sama. Tetapi diBina oleh anda sbg guru kami, byngkn dengan xtahu bola itu apa, terus nk kami merasakn kami faham.... "........." (haha)

Tolonglah wahai pendidik/bakal pendidik, fahami pelajar dn ajarlah dengan seikhlas hati, IAllah ada berkah guru dn murid di situ.

Ok2, berbalik pd topik kita, tersasul jauh pulak...bukan ape cuma itu fakta....(dah.dah)

ok,

Tidak memihak pd mana2, cuma saya rasa mcm dipermainkan oleh mereka yg 'mgetahui'..

Dengan ini, saya rasa perlulah bertanya pd yg pakar ekonomi/politik/masyarakat berkaitan yg d laksanakn oleh pemimpin. Bukanlah terus mngeritik tnpa hujah,

tp ikut hati, haha paham2 lah ye...

Ok pasal bertanya teringat 1 ayat Quran yg mashyhur, pastikn kita praktikkan utk kesejahteraan kita dan tidak diperbodohkan.

"Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,"
- An-Nahl : 43-

Tuesday, September 4, 2012

Sembang2 Santai

Salam sejahtera pada anda semua...

Selamat Hari Raya pada anda semua, rasanya belum terlambat lagi utk saya mngucapkan selamat hari raya walaupun hakikat hari raya hanya sehari, tetapi REalitinya seBULAN. Hehe. seronok kot.

Dikala saya sibuk pergi open house berbagai2 tempat, smpi xlarat nk pegi dah.sgt2 byk. hujung minggu koonfirm perut x penah rasa lapar langsung.hak3

Oh lupe, sebenarnya bukan nk citer pasal open house sangat, lebih nk cerita mengenai SEMBANG2 open house.

nah! amik kuih raya ni. hehe

Biasanya kita pergi open house sememangnya kita akan ucapkan 'selamat hari raya, maaf zahir batin', pastu mula lah masuk cerita pasal kisah2 lama2, pada member yg lama x jumpa. Tapi ade satu open house ni saya pergi, jumpa ngn seorang pakcik nih.fuh xdelah lama x jmpa, cuma xde peluang nk sembang ngn pakcik nih.

So dalam open house tu seronoklah mendengar cerita2 pasal pkcik nih, Die keja nun jauh sana... Sabah Borneo.hehe

Yang menariknya cerita pasal pakcik nih, die kerja sebagai Guru kt sana, so fasiliti kt sana xdela bagus sangat sebab ade sekolah yang nk kena travel pakai sampan tu...
Satu Fakta dan hakikat yang rasanya semua tahu, tapi tu lah, kena cerita jugak sebab kesannya bukan pada setengah pihak je tp mungkin sampai bergenerasi.

"pakcik, seronok ke kerja kt sabah? ". kata aku. "menarik, banyak pengalaman yg boleh dapat, sana sekolah xla penuh fasiliti mcm kt semenanjung. tp.." kata pakcik tu. "tp ape pakcik?, bukan sekolah dan guru2 dapat banyak peruntukkan daripada kerajaan ke?" kata aku dengan hairan. Kami berdiam seketika lalu pakcik tu kata "memanglah kerajaan bg peruntukkan, sejumlah kerajaan telah memperuntukkan untuk pembangunan sekolah2 di sabah ini.Duit itu memang sampai dn diberi dengan sejumlah yg betul, tidak kurang se sen pun.tp duit tu bukanlah dpt dekat setiap sekolah secara langsung, duit tu kenalah melalui pejabat daerah tu dulu, so 'Tol' byk sgt, sepatutnya sejumlah yang betul yang diperuntukkan membolehkan sesebuah sekolah itu dinaiktaraf sehingga memuaskan, bukan semua sekolah dapat macam ni, sekolah elite memanglah dpt duit secara langsung, tp sekolah yang biasa dn terpencil macam mane pulak? sekolah2 pun ada di anaktirikan. So jadilah sekolah yang x cukup fasiliti lah, kurang kemudahan, kritikan tinggi dari ibubapa, kos pembaikpulih yg rendah." kata pakcik tu dengan petah dan penuh rasa kecewa. Aku dengan rasa semangat dan xpuas hati nya lantang dan beradab bertanya pada pakcik tu "Kenapa guru2 yang terlibat tak lantang bersuara pd kerajaan je?" . " Mereka bersuara dapat ape?. bukan ade tindakan pun. dan nk bersuara mcm mane pun, yg 'tol' tu orang atas die, nk buat pengaduan pun xberani, silap2 pengaduan memakan tuan yg mengadu tu, kalau guru2 tu kaya dan financial supporter xpe, kalau guru tu stand alone, macam mane? mau die x hidup. so dorang simpan je dalam hati"

Tulah dialog antara saya dan pakcik tu, xde la 100% sama, tp cerita die memang hakikat...

Kesian aku kat masyarakat sekarang, mentality cepat kaya, rasuah, individualistic yang melampau,
salah dan bukan salah mereka, penyakit yang berantai, dr
emosi --> dendam/penting diri --> tipu orang --> selindung dari topeng --> kerja utk kaya --> rasa dia paling mulia --> halal semua cara (komunis/kapitalis/materialistic) --> tindas orang --> perintah untuk manfaat sendiri --> tidak adil pada semua orang --> megah vs sengsara --> duit rakyat amanah --> seleweng entah kemana --> perintah dengan zalim --> semua terasa, dr petani hinggalah jutawan.

Agak2 la, berapa lama boleh tahan dengan mcm ni??
 Setengah orang cakap, aku ok je x rasa ape2 pun.hidup aman kot. hah! tunggulah hg hidup sengsara, baru terkial2 cari orang.










Friday, June 29, 2012

PerSepsi

Selamat pagi semua,

Disaat aku menulis ini, adalah disaat dimana aku merasakan tajuk ini adalah suatu benda yang remeh tapi boleh  merubah pemikiran dan keputusan seseorng.

Persepsi

Disini saya xdelah nak mendefinisikan persepsi ini mengikut kamus dewan, kamus oxford fajar dan mana2 kamus dalam dunia kerana saya yakin bahawa semua sudah sedia maklum dengan maksud pada istilah ini,

mari kita menaakul persepsi ini dengan pelbagai cara yang boleh.
apabila kita mendengar dialog seperti ini:



A : Weih, aku nampak kau ni mcm pelik je... kau ni ok x? asyik pelik je setiap masa
B : Lol, ak memang macm ni asal ko tanye soalan mcm x pnh kenal aku je...
A : Bukan ape..tgk ko ni semakin hari semakin pelik, pelik tu mksud ak mcm banyak da berubah tentang
     kau
B : Adoi kau ni, itu persepsi kau je..

Bagaimana? apa pendapat anda mengenai persepsi kedua2 orang dalam dialog ni?
secara jelas, kita tengok A ini mempunyai persepsi pd si B, sedangkan si B ini tidak ade persepsi atau persepsi dia pd A adalah sama.

Bila kita melihat lebih dalam lg, mungkin ade baik dan buruknya dalam kita berpersepsi pd orang2 lain,
ini sentiasa berlaku.

Kalu kita tengok dalam sirah nabi pon bagaimana, sahabat2 mempunyai persepsi2 yang pelbagai, seperti boleh menghasilkan pendapat yang berbeza, tapi kena ingat sahabt2 ini bukan berdasarkan persepsi(akal) semata, tetapi dipandu dgn Quran dan sunnah.

Wah, sungguh indah persepsi ini sebnrya.Tetapi persepsi ini boleh jadi buruk dan baik seperti saya cakap sebelum ini, mari kita tengok perbezaan monolog dalaman si B.

Sekiranya persepsi dia baik:
"Eh si A ni perasan dengan masalah aku, terharu kot"

Sebaliknya:
"Adoi si A ni menyibuk je dengan masalah aku, nnti mesti dia sebarkan pada org lain, siotla"

Bagaimana pulak kita tengok si A pulak,

Persepsi baik:
"Eh kesian member aku ni, dah makin berubah aku kena buat something utk dia"

Sebaliknya:
"Si B ni dh berubah dah skrg, kena buat sesuatu pd dia ni"





Hmm, persepsi si B ini jelas dan xperlu dijelaskan pada anda, tetapi persepsi si A ini adalah sama, saya menjadikan persepsi ini menjadi dua kerana tindakan si A, tindakan si A ini menjadikan persepsi si B ini berubah kepada dua persepsi. Bagaimana?
Biasanya orang yang menegur itu perlulah shbt kepada dia dan rapat, dari segala sudut, barulah boleh direct hit, tp depend on orang jugak.



sekiranya kita melihat pada sirah Rasulullah dn Sahabat, bagaimana persepsi mereka sentiasa positive, sekiranya ada org tegur mereka sentiasa menerima dengan insaf.Bagaimana nak jadi macm ni.hehe.susah tu tp x mustahil, apapun nak cerita susah dan bukanlah aku orang yang dah settle pasal persepsi ni. tp yang aku tau dan belajar, persepsi ini boleh dipostivekan dengan kita ada iman dan islam dalam diri kita.wah skop tu luaskan.kalau anda lihat secara umum memang anda akan segera menyanggah idea ini. Kita tengok orang islam sendiri pun bergaduh kerana berbeza dan tidak menerima persepsi orang lain. Sekiranya anda adalh orang yang banyak ilmu islam , sepatutnya anda tahu perkara ini, tetapi saya dah lihat dengan mata saya sendiri orang yang belajar tinggi2 dalam syariah pon tidak boleh nak settle masalah ini.pelik, Pelik, PElik, PELik, PELIk, PELIK !!.

Bagi saya tidaklah pelik sangat biasala tuh, lumrah manusia, bila banyak ilmu jd sombong, mcm qarun, byk harta jadi sombong. Eh, x mustahil orang byk ilmu sombong, dah terbukti dalam sejarah pun.Mungkin bak kata orang, ilmu xsama dengan amal, orang pandai buat jahat lagi bahaya dari orang jahil buat jahat, tetapi orang yang pandai buat baik lebih dari orang jahil buat baik

Mengapa saya menceritakan benda yang bagi semua adalah remeh temeh ini? maka saya tidak boleh menjawab soalan ini dengan mengikut persepsi anda dan kepuasan anda.

Sekiranya perkara ini remeh, mengapa orang yang dimuliakan kerana pangkatnya pun tidak boleh mencapai atau menguasai persepsi ini seperti sahabt? adakah seorang tukang kutip sampah berbeza dengan seorang engineer, lawyer, manager, CEO atau sebutlah apa pangkat besar pun. sekiranya anda tanya ade perbezaan memang ada perbezaan seorang kutip sampah dan seorang manager, seorang yang beringgit atau berpuluh ringgit dengan beribu atau berjuta, dua2 mempunyai badan yang sama, sini saya tidak mengatakan dari segi kekayaan, back to topic, pasal persepsi ye rakan2.oh mungkin ini terlalu jauh untuk buat perbandingan kot, ok la kita dekatkan lagi jurang antara dua orang.

Bagaimana sekiranya saya menceritakan perbezaan dua orang mahasiswa, Biasanya bila sebut mahasiswa, yang terbayang dalam kepala saya adalah mahasiswa, orang yang berjaya masuk universti dengan kecemerlangan atau dengan duit mereka, orang yang berintellectual tinggi, bak kata orang, masa depan negara bergantung pada mahasiswa, orang yang apabila cerita A, boleh jd B C D E ..... Z, bahkan A itu boleh jd ^@*# (simbol yang baru), self learn, berdikari, diantara dua alam, belajar dan kerja, single dan not single.ok cukup saya puji mahasiswa, so perbandingan yang saya nk buat adalah mahasiswa C dan D.

andaikata dua mahasiswa ini seorang yang pandai dan seorang lagi taklah beberapa perform, adakah si C ini lagi bagus persepsi dari si D atau sebaliknya. andaikata lagi, sekiranya dua mahsiswa ini adalah sama performance, adakah diantara mereka lebih baik persepsi diantara mereka?
mari dekatkan lagi perbezaan, sekiranya si C ini belajar phscyology dan si D ini belajar mass communication, adakah si C ini hebat berbanding si D?
sekiranya si C ini adalah PHD student dan si D ini Degree student, adakah si C ini lebih hebat dari si C ini dalam persepsi?
Adakah Si D ini seorang pelajar pengajian islam lebih bagus persepsi dia berbanding si C yang belajar bussiness?

Adakah orang yang outstanding lebih mantap persepsi dia berbanding orang yang biasa??

persepsi, persepsi, persepsi....haih, letih dengan persepsi ini, terlalu banyak dan sangat luas pengertian dan maksud tersirat.

Kesimpulannya, berhati-hati lah dengan persepsi, berlapang dada lah dengan siapa pun anda ketemui, suluhi lah dengan iman bukan dengan kekerasan, cahayailah dengan iman bukan dengan prinsip, iman dulu baru prinsip, anda pasti prinsip anda memasukkan anda kedalam syurga?, kalau tidak andalah berpersepsi sperti orang lain. x kemana.

Thursday, June 28, 2012

Bijak Matematik




Ibrahim bin al-Munzir al-Hazami menceritakan, seorang Arab badwi berkunjung ke rumah seorang lelaki penduduk bandar. Lelaki tersebut tinggal bersama seorang isteri, dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Di samping itu dia juga membela ayam yang banyak. Dia menyambut lelaki badwi itu sebagai tetamu dengan segala senang hati.

Dia berkata kepada isterinya, “tulung bakarkan seekor ayam untuk hidangan tengahari”.

Setelah ayam masak, isterinya membawa ayam bakar keluar tanpa dipotong. Tuan rumah berkata kepada tetamu, “silakan potong dan bahagi-bahagikan ayam ini untuk kita semua”.

Tetamu menjawab, “saya tidak berapa pandai membahagi, tapi kalau anda semua redha dengan pembahagian yang saya buat, saya akan lakukan”.

Tuan rumah berkata, “kami redha”.

Tetamupun memotong kepala ayam, lalu diberikan kepada tuan rumah sambil berkata, “kepala untuk ketua”.

Dipotongnya dua sayap dan diberikan kepada anak lelaki sambil berkata, “dua sayap untuk dua anak lelaki”.

Dua peha diberikannya kepada anak perempuan. Dia berkata, “dua peha untuk dua anak perempuan”.

Punggung ayam diberikan kepada ibu sambil berkata, “bahagian yang lemah untuk orang tua”

Dan dia mengambil bahagian dada sambil berkata, “az-zaur lizza-er (dada untuk pengunjung”.

Keesokannya tuan rumah menyuruh isterinya membakar lima ekor ayam pula. Setelah ayam masak, isterinya menghidangkan ayam-ayam tersebut tanpa dipotong seperti semalam.

Sekali lagi tuan rumah meminta tetamunya membahagikan ayam untuk mereka seisi rumah.

Dia bertanya kepada tuan rumah, adakah hendak dibahagikan secara ganjil atau genap? Tuan rumah berkata, secara ganjil.

Lalu dia membahagikan dengan berkata, “anda, isteri dan seekor ayam jadi tiga. Dua anak lelaki dan seekor ayam jadi tiga. Dua anak perempuan dan seekor ayam, jadi tiga. Saya dan dua ekor ayam jadi tiga”. Maka dia meletakkan dua ekor di dalam pinggan di hadapannya.
Dia melihat semua mata memandang ke arah dua ekor ayam di dalam pinggannya. Maka dia berkata, “boleh jadi anda tidak puas hati dengan pembahagian yang saya buat secara ganjil”.

Tuan rumah menjawab, “buatlah secara genap”.

Badwipun mengumpulkan kembali ayam-ayam tadi dan membahagikannya semula, “anda, dua orang anak lelaki anda dan seekor ayam, jadi empat. Isteri anda, dua orang anak perempuan anda dan seekor ayam jadi empat. Saya dan tiga ekor ayam, jadi empat”. Dan dia mengambil tiga ekor ayam, diletakkan di dalam pinggannya. Dia mendongak ke langit sambil berkata, “Alhamdulillah, Engkaulah yang telah memahamkan saya semua ini”.

(Kelakar tak? Kalau tak rasa nak ketawa, buat-buatlah ketawa sikit, hilangkan stress.)

Dipetik dari kitab ‘kisah-kisah lucu’ oleh Imam Ibn al-Jauzi.


Credit dari blog Ustazah maznah : http://zaadut-taqwa.blogspot.com/