Dikisahkan
bahawa seorang yang sangat zuhud bernama Abu Ghayyath. Beliau tinggal di dalam
kawasan perkuburan di Bukhara. Pada suatu hari beliau pergi ke kota untuk
menziarahi seorang saudaranya. Beliau bertembung dengan sekumpulan budak-budak
lelaki (anak-anak atau hamba kepada gabenor, Nasar bin Ahmad). Bersama
budak-budak tersebut penyanyi dan penghibur. Mereka baru keluar dari istana
gabenor dalam keadaan bersuka ria dengan kelakuan yang tidak senonoh. Kebetulan
hari itu adalah hari gabenor menerima tetamu.
Manakala Abu Ghayyath terpandang keadaan
budak-budak itu, dia berkata kepada diri sendiri: "Wahai diriku, satu
kejadian telah berlaku. Jika engkau diam, bererti engkau terlibat sama!"
Lalu dia mengangkat kepalanya ke langit memohon pertulungan dengan Allah. Dia
mengambil tongkatnya dan mengetuk budak-budak itu dengan sekali ketuk.
Budak-budak itu lari lintang pungkang, meluru memasuki istana gabenor. Mereka
menceritakan apa yang berlaku. Gabenor memanggil Abu Ghayyath masuk
mengadap.
Dan berlakulah soal jawab antara gabenor dengan
Abu Ghayyath:
G: Tidakkah engkau tahu bahawa sesiapa yang
derhaka kepada gabenor, dia akan makan tengahari di dalam penjara?
AG: Tidakkah engkau tahu bahawa sesiapa yang
derhaka kepada ar-Rahman, dia akan makan malam di dalam an-Niran (api neraka)?
G: Siapa yang melantik engkau sebagai
penguatkuasa?
AG: Yang melantik engkau menjadi gabenor
G: Aku dilantik oleh Khalifah.
AG: Dan aku dilantik oleh Tuhan Khalifah.
G: Aku bebaskan engkau dan melantik engkau
sebagai penguatkuasa di Samarqand
AG: Aku mengelakkan diriku darinya
G: Anehnya engkau! Engkau menguatkuasa ketika
engkau tidak dilantik. Dan engkau enggan bila dilantik.
AG: Kerana, jika engkau melantikku, engkau yang
akan memecatku. Jika Tuhanku yang melantikku, tiada seorangpun yang boleh
memecatku.
G: Mintalah apa hajatmu.
AG: Hajatku ialah supaya engkau memulangkan
kemudaanku
G: Itu bukan terletak di bawah kekuasaanku.
Adakah engkau mempunyai hajat lain daripada itu?
AG: Aku ingin supaya engkau tulis surat kepada
Penjaga Neraka agar dia tidak mengazabku.
G: Itupun bukan di bawah kekuasaanku. Adakah
engkau mempunyai hajat yang lain?
AG: Aku bersama Tuhan Pemilik segala hajat
semuanya. Aku tidak meminta sesuatupun hajatku daripadaNya kecuali Dia
memberikannya kepadaku.
Akhirnya gabenor melepaskan Abu Ghayyath pergi
meninggalkan istananya.
Dari kitab: Zad al-Murabbin.
credited: http://zaadut-taqwa.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment