Friday, June 29, 2012

PerSepsi

Selamat pagi semua,

Disaat aku menulis ini, adalah disaat dimana aku merasakan tajuk ini adalah suatu benda yang remeh tapi boleh  merubah pemikiran dan keputusan seseorng.

Persepsi

Disini saya xdelah nak mendefinisikan persepsi ini mengikut kamus dewan, kamus oxford fajar dan mana2 kamus dalam dunia kerana saya yakin bahawa semua sudah sedia maklum dengan maksud pada istilah ini,

mari kita menaakul persepsi ini dengan pelbagai cara yang boleh.
apabila kita mendengar dialog seperti ini:



A : Weih, aku nampak kau ni mcm pelik je... kau ni ok x? asyik pelik je setiap masa
B : Lol, ak memang macm ni asal ko tanye soalan mcm x pnh kenal aku je...
A : Bukan ape..tgk ko ni semakin hari semakin pelik, pelik tu mksud ak mcm banyak da berubah tentang
     kau
B : Adoi kau ni, itu persepsi kau je..

Bagaimana? apa pendapat anda mengenai persepsi kedua2 orang dalam dialog ni?
secara jelas, kita tengok A ini mempunyai persepsi pd si B, sedangkan si B ini tidak ade persepsi atau persepsi dia pd A adalah sama.

Bila kita melihat lebih dalam lg, mungkin ade baik dan buruknya dalam kita berpersepsi pd orang2 lain,
ini sentiasa berlaku.

Kalu kita tengok dalam sirah nabi pon bagaimana, sahabat2 mempunyai persepsi2 yang pelbagai, seperti boleh menghasilkan pendapat yang berbeza, tapi kena ingat sahabt2 ini bukan berdasarkan persepsi(akal) semata, tetapi dipandu dgn Quran dan sunnah.

Wah, sungguh indah persepsi ini sebnrya.Tetapi persepsi ini boleh jadi buruk dan baik seperti saya cakap sebelum ini, mari kita tengok perbezaan monolog dalaman si B.

Sekiranya persepsi dia baik:
"Eh si A ni perasan dengan masalah aku, terharu kot"

Sebaliknya:
"Adoi si A ni menyibuk je dengan masalah aku, nnti mesti dia sebarkan pada org lain, siotla"

Bagaimana pulak kita tengok si A pulak,

Persepsi baik:
"Eh kesian member aku ni, dah makin berubah aku kena buat something utk dia"

Sebaliknya:
"Si B ni dh berubah dah skrg, kena buat sesuatu pd dia ni"





Hmm, persepsi si B ini jelas dan xperlu dijelaskan pada anda, tetapi persepsi si A ini adalah sama, saya menjadikan persepsi ini menjadi dua kerana tindakan si A, tindakan si A ini menjadikan persepsi si B ini berubah kepada dua persepsi. Bagaimana?
Biasanya orang yang menegur itu perlulah shbt kepada dia dan rapat, dari segala sudut, barulah boleh direct hit, tp depend on orang jugak.



sekiranya kita melihat pada sirah Rasulullah dn Sahabat, bagaimana persepsi mereka sentiasa positive, sekiranya ada org tegur mereka sentiasa menerima dengan insaf.Bagaimana nak jadi macm ni.hehe.susah tu tp x mustahil, apapun nak cerita susah dan bukanlah aku orang yang dah settle pasal persepsi ni. tp yang aku tau dan belajar, persepsi ini boleh dipostivekan dengan kita ada iman dan islam dalam diri kita.wah skop tu luaskan.kalau anda lihat secara umum memang anda akan segera menyanggah idea ini. Kita tengok orang islam sendiri pun bergaduh kerana berbeza dan tidak menerima persepsi orang lain. Sekiranya anda adalh orang yang banyak ilmu islam , sepatutnya anda tahu perkara ini, tetapi saya dah lihat dengan mata saya sendiri orang yang belajar tinggi2 dalam syariah pon tidak boleh nak settle masalah ini.pelik, Pelik, PElik, PELik, PELIk, PELIK !!.

Bagi saya tidaklah pelik sangat biasala tuh, lumrah manusia, bila banyak ilmu jd sombong, mcm qarun, byk harta jadi sombong. Eh, x mustahil orang byk ilmu sombong, dah terbukti dalam sejarah pun.Mungkin bak kata orang, ilmu xsama dengan amal, orang pandai buat jahat lagi bahaya dari orang jahil buat jahat, tetapi orang yang pandai buat baik lebih dari orang jahil buat baik

Mengapa saya menceritakan benda yang bagi semua adalah remeh temeh ini? maka saya tidak boleh menjawab soalan ini dengan mengikut persepsi anda dan kepuasan anda.

Sekiranya perkara ini remeh, mengapa orang yang dimuliakan kerana pangkatnya pun tidak boleh mencapai atau menguasai persepsi ini seperti sahabt? adakah seorang tukang kutip sampah berbeza dengan seorang engineer, lawyer, manager, CEO atau sebutlah apa pangkat besar pun. sekiranya anda tanya ade perbezaan memang ada perbezaan seorang kutip sampah dan seorang manager, seorang yang beringgit atau berpuluh ringgit dengan beribu atau berjuta, dua2 mempunyai badan yang sama, sini saya tidak mengatakan dari segi kekayaan, back to topic, pasal persepsi ye rakan2.oh mungkin ini terlalu jauh untuk buat perbandingan kot, ok la kita dekatkan lagi jurang antara dua orang.

Bagaimana sekiranya saya menceritakan perbezaan dua orang mahasiswa, Biasanya bila sebut mahasiswa, yang terbayang dalam kepala saya adalah mahasiswa, orang yang berjaya masuk universti dengan kecemerlangan atau dengan duit mereka, orang yang berintellectual tinggi, bak kata orang, masa depan negara bergantung pada mahasiswa, orang yang apabila cerita A, boleh jd B C D E ..... Z, bahkan A itu boleh jd ^@*# (simbol yang baru), self learn, berdikari, diantara dua alam, belajar dan kerja, single dan not single.ok cukup saya puji mahasiswa, so perbandingan yang saya nk buat adalah mahasiswa C dan D.

andaikata dua mahasiswa ini seorang yang pandai dan seorang lagi taklah beberapa perform, adakah si C ini lagi bagus persepsi dari si D atau sebaliknya. andaikata lagi, sekiranya dua mahsiswa ini adalah sama performance, adakah diantara mereka lebih baik persepsi diantara mereka?
mari dekatkan lagi perbezaan, sekiranya si C ini belajar phscyology dan si D ini belajar mass communication, adakah si C ini hebat berbanding si D?
sekiranya si C ini adalah PHD student dan si D ini Degree student, adakah si C ini lebih hebat dari si C ini dalam persepsi?
Adakah Si D ini seorang pelajar pengajian islam lebih bagus persepsi dia berbanding si C yang belajar bussiness?

Adakah orang yang outstanding lebih mantap persepsi dia berbanding orang yang biasa??

persepsi, persepsi, persepsi....haih, letih dengan persepsi ini, terlalu banyak dan sangat luas pengertian dan maksud tersirat.

Kesimpulannya, berhati-hati lah dengan persepsi, berlapang dada lah dengan siapa pun anda ketemui, suluhi lah dengan iman bukan dengan kekerasan, cahayailah dengan iman bukan dengan prinsip, iman dulu baru prinsip, anda pasti prinsip anda memasukkan anda kedalam syurga?, kalau tidak andalah berpersepsi sperti orang lain. x kemana.

No comments:

Post a Comment