Wednesday, July 6, 2011

susah memberi kepuasan dalam beramal

Assalamualaikum,salam sejahtera pada anda semua.kali ini mari kita berfikir sambil bersantai dalam entry kali ini.

Dengan melihat keadaan dunia dan bacaan dari karangan ulama2, maka tajuk ini sangat sesuai bagi sesiapa yg merasakan bahawa dia adalah muslim.

senang dan mudah.ok lets begin, kita selalu diperdengarkan dalam byk ceramah motivasi dn seminar tidak kira dari segi dlm mencari duit, berhadapan dgn ketua yg garang, berhadapan dgn kerenah rakan2 yg tatkala membingitkan telinga kita atau masalah tekanan dlm cost living.hidup penuh dgn tekanan sehinggakn ada yg sanggup menggunakan jalan mudah tetapi binasa.


ada yg menggunakan perkhidmatan ah long, ada yg membunuh diri, dan pelbagai lagi cara yg akhirnya menyusahkn diri.


begitulah manusia.bukan mereka inginkn tetapi terpaksa.dalam media sehinggakn masyarakat yg kita kenali terpaksa berhadapan dengan masalah hidup.

Itulah dunia sekarang.nak xnak itulah masyarakat kita.kita tidak boleh mengabaikan mereka bahkan menjadi kewajipan muslim untuk membantu masyarakat dalam permasalahan tekanan(stress).
Ini terbukti lagi sehinggakn golongan motivater atau kaunseling adalah profesion yg penting.tetapi adakah cukup dengan hanya beberapa org profesion ini sedangkan berjuta-juta manusia menghadapi masalah ini.

Jangan risau dan yakin.Hanya masalah ini boleh di settlekn dalam Islam.kerana inilah agama yg benar dan "the way of life".

"Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)." (At-Talaq: 3)

Kita melihat balik sirah nabi muhammad, bagaimana rasulullah tidak pernah berputus asa dalam berdakwah walaupun nabi dihujani dengan tomahan, cacian dan dibaling dengan batu.Sekiranya itulah kita, mungkin kita akan mengeluh atau mengambil jalan mudah dengan berputus asa.betul x?.

Bagaimana pula kita melihat ulama'2 dan mereka yang berjuang menegakkn agama Allah.Memang sangat letih dn perlu emosi yg tinggi.mereka seperti manusia biasa.menghadapi masalah cost living, tekanan dengan rakan2 mereka yg tidak memahami perasaan mereka.

Tetapi mereka tidak mengambil jalan mudah.kenapa?.bagaimana boleh begitu??.

Ini kerana mereka hanya mengharapkan kesenangan daripada Allah.Bukankah begitu??.

"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Al-Nahl:128)"


Kita melihat 2 tekanan yg sama tetapi berbeza.Golongan 1 merasakan tidak ada jalan lain maka menjadikan diri terseksa. manakala Golongan 2 merasakan tekanan tetapi tenaaangggg......

Itulah yang dikatakan dengan susah memberi kepuasan dalam beramal.

Ikhlaskn niat kita, betulkan hubungan kita dengan Allah, muhasabah amalan kita, insyaAllah Allah akan menolong kita dalam kesusahan kita.mungkin bukan bentuk kebendaan tetapi dengan bentuk hati merasa tenang dan cukup apa yg kita miliki.

Jadilah hamba Allah bukan hamba Manusia

No comments:

Post a Comment