Thursday, June 28, 2012

Bijak Matematik




Ibrahim bin al-Munzir al-Hazami menceritakan, seorang Arab badwi berkunjung ke rumah seorang lelaki penduduk bandar. Lelaki tersebut tinggal bersama seorang isteri, dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Di samping itu dia juga membela ayam yang banyak. Dia menyambut lelaki badwi itu sebagai tetamu dengan segala senang hati.

Dia berkata kepada isterinya, “tulung bakarkan seekor ayam untuk hidangan tengahari”.

Setelah ayam masak, isterinya membawa ayam bakar keluar tanpa dipotong. Tuan rumah berkata kepada tetamu, “silakan potong dan bahagi-bahagikan ayam ini untuk kita semua”.

Tetamu menjawab, “saya tidak berapa pandai membahagi, tapi kalau anda semua redha dengan pembahagian yang saya buat, saya akan lakukan”.

Tuan rumah berkata, “kami redha”.

Tetamupun memotong kepala ayam, lalu diberikan kepada tuan rumah sambil berkata, “kepala untuk ketua”.

Dipotongnya dua sayap dan diberikan kepada anak lelaki sambil berkata, “dua sayap untuk dua anak lelaki”.

Dua peha diberikannya kepada anak perempuan. Dia berkata, “dua peha untuk dua anak perempuan”.

Punggung ayam diberikan kepada ibu sambil berkata, “bahagian yang lemah untuk orang tua”

Dan dia mengambil bahagian dada sambil berkata, “az-zaur lizza-er (dada untuk pengunjung”.

Keesokannya tuan rumah menyuruh isterinya membakar lima ekor ayam pula. Setelah ayam masak, isterinya menghidangkan ayam-ayam tersebut tanpa dipotong seperti semalam.

Sekali lagi tuan rumah meminta tetamunya membahagikan ayam untuk mereka seisi rumah.

Dia bertanya kepada tuan rumah, adakah hendak dibahagikan secara ganjil atau genap? Tuan rumah berkata, secara ganjil.

Lalu dia membahagikan dengan berkata, “anda, isteri dan seekor ayam jadi tiga. Dua anak lelaki dan seekor ayam jadi tiga. Dua anak perempuan dan seekor ayam, jadi tiga. Saya dan dua ekor ayam jadi tiga”. Maka dia meletakkan dua ekor di dalam pinggan di hadapannya.
Dia melihat semua mata memandang ke arah dua ekor ayam di dalam pinggannya. Maka dia berkata, “boleh jadi anda tidak puas hati dengan pembahagian yang saya buat secara ganjil”.

Tuan rumah menjawab, “buatlah secara genap”.

Badwipun mengumpulkan kembali ayam-ayam tadi dan membahagikannya semula, “anda, dua orang anak lelaki anda dan seekor ayam, jadi empat. Isteri anda, dua orang anak perempuan anda dan seekor ayam jadi empat. Saya dan tiga ekor ayam, jadi empat”. Dan dia mengambil tiga ekor ayam, diletakkan di dalam pinggannya. Dia mendongak ke langit sambil berkata, “Alhamdulillah, Engkaulah yang telah memahamkan saya semua ini”.

(Kelakar tak? Kalau tak rasa nak ketawa, buat-buatlah ketawa sikit, hilangkan stress.)

Dipetik dari kitab ‘kisah-kisah lucu’ oleh Imam Ibn al-Jauzi.


Credit dari blog Ustazah maznah : http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

Bertulis atau Bercakap

Assalamualaikum,

Rakan2 bertemu kita sekali lagi,
satu persoalan untuk anda?
Mana lebih hebat dn kuat?
Tulisan atau percakapan?

Untuk tulisan Mari tengok video ni


Bagaimana pulak dengan kata2 atau percakapan?
Hehe anda pasti tahu, bahawa percakapn sangat penting sperti mana2 pemimpin parti atau negara, antara senjata utama mereka adalah percakapan,
Maka tidak dapat dinafikan kenyataan ini.



diantara dua2 ini adalah penting dn sgt2 berpengaruh, bagaimana blog2 ataupun media2 boleh mempengaruhi seseorang,

Tetapi bagi saya, satu perkara yang dapat lawan dua2 kuasa besar ini adalah PERBUATAN/PERLAKUAN.

BAgaiMANA? Anda SETujU??    :D

Wednesday, June 27, 2012

Kemenangan Mesir, Kebangkitan Islam

Seperti sahabt2 sekalian tahu,
beberapa tahun kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa dunia,

Antara nya adalah,
DEngan kebangkitan rakyat di timur tengah,
kita dikejutkan lagi dengan kemenangan mesir.

Mengapa semua ini berlaku?
adakah dirancang?

Sekiranya anda kata dirancang maka anda adalah benar,
sekiranya anda kata ini tidak dirancang maka ia adalah benar jugak,

Mengapa?

Anda betul sekiranya anda kata ini dirancang oleh Allah,
Anda jugak betul sekiranya anda kata manusia ade sebahagiannya tidak menjangkakan perkara ini berlaku.

Kemenangan Islam, sangat berkait rapat dengan pemimpin Islam yg ikhlas, benar, dan adil,
kemenangan Islam juga adalah bermula dari kesedaran setiap individu utk mengamalkan islam sepenuhnya,

apapun, mari kita terus menyokong dan mempersiapkan diri utk apa2 yang berlaku dimasa hadapan.

Mari kita sentiasa perbaiki diri kita walaupun perit, moga amal kita diterima Allah

Saturday, June 23, 2012

Dikala Senja




Dikala senja,

byk aktiviti yg dibuat oleh seseorg,

ade yg bersukan,

ade yg borak2 ngn member smbil minum petang,

ade yg dok lepak depan tv, biase byk citer2 best time epic mcm ni,




ade yg dok lepak depan komputer, lyn movie, buat kerja,dok scan komputer dr virus,

ade yg layan musika, ikot minat masing, seperti trance, lagu touching, soundtrack, lagu jiwang, lagu 80 an, 70 an, 90 an, jepun, org putih, nasyid, dn byk lg musik, tak tertulis,







sememangnya petang adalh satu waktu yg sgt bermakna,

kalau kita tgk ulama',

ade yg dok terkenang dosa2,





berzikir(ingat Allah),

sememangnya senja adalah waktu sprti duka ade, sedih ade,



org kata satu waktu yg tidak dpt ditulis atas kertas,

unik hati manusia ni...

Friday, June 22, 2012

Bermula dari Kosong



wow.sgt lama aku sudah tidak menulis.tanganku sudah berkarat untuk menulis.Bahasa, Olah ayat, semuanya tunggang langgang



Aku terasa utk mula menulis apabila mendapat suntikan semgat dari sedara aku.

Tapi tu laa.. idea menulis da hilang di telan zaman.

Bagi mereka yang singgah lalu blog ini, aku akan cuba update apa yang perlu untuk anda semua. so selalu lah singgah bolg ini

Blog ini mungkin akan berubah gaya penulisan dan tatabahasa kerana agak mengambil masa utk boleh menulis seperti dulu.

Bak kata ramai orang nak mula balik kena lah bermula dari kosong jadi terus setia dgn blog ini... :-)


Tuesday, November 8, 2011

Perutusan mursyidul am ikhwan muslimin


Dengan Nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, para sahabat, keluarga dan pengikutnya...

Wahai ikhwah dan akhawat yang ku kasihi kerana Allah,

Wahai muslimin dan muslimat diseluruh pelusuk bumi,

Bicara ini terpancar dari hatiku sempena hari kebesaran yang penuh keberkatan, Hari Raya al-Adha al-Mubarak serta 10 hari Zul-Hijjah yang merupakan hari paling afdhal untuk bertaqarrub kepada Allah. Hari paling baik daripada semua hari di atas muka bumi di sepanjang tahun.

Kita lihat apa yang dapat kita kaup faedah daripada hari-hari ini, apa pengajaran yang kita dapat ambil daripada perjalanan haji orang yang dipilih oleh Allah untuk pergi ke tempat suci itu, dan orang yang belum dipilih untuk menerima anugerah yang membahagiakan itu.

Pertama, ibadah-ibadah yang disyariatkan Islam bertujuan menghimpunkan umat seluruhnya. Bermula dengan solat yang ditunaikan secara fardi (perseorangan) dan jama’ei (berjamaah) di setiapa tempat, di peringat desa, kota, daerah dan negeri. Ketika mana kita berkumpul untuk solat, ia merupakan bentuk perhimpunan umat. Kumidian kita berhimpun ketika puasa. Meskipun kita laksanakan secara individu, tetapi seluruh umat menghayati perasaan yang sama, jadual hidup yang sama, menjalani proses pentarbiah roh dan jasad dalam kerangka ibadah yang sama. Selepas itu penyatuan umat seluruhnya dari seluruh pelusuk bumi merentasi sempadan masa dan geografi.

. Ini merupakansatu bentuk penyatuan umat yang unik, penyatuan di atas landasan pengabdian diri kepada Allah Tuhan semesta alam. Menginsafi dan mengiktiraf bahawa semua mereka adalah hambaNya, hanya Dia yang berhak mensyariatkan apa-apa hukum supaya dipatuhi oleh sekelian hambaNya.

Justeru, apabila kita melangkah kaki ke dalam manasik haji, kita hendaklah mempersiapkan diri bermula dari hati, iaitu hati berasa condong dan rindu untuk berangkat ke tanah suci sebagai menyahut doa seruan Nabi Ibrahim a.s. (Surah Ibrahim:37) yang mendoakan agar hati manusia terpaut kepada Baitillah dan mereka tetap menunaikan solat.

Musim haji pada tahun ini tiba dalam suasana bumi Arab didatangi musin bunga tsaurah mengukuhkan bahawa doa kita dan doa para hujjaj pada tahun-tahun sebelumnya tidak sia-sia. Allah telah qabulkan doa itu dengan membebaskan umat Arab dari cengkaman pemerintahan diktator. Maka kita amat memerlukan doa itu diteruskan dengan lebih lebat lagi. Kami hanya meminta daripada kamu doa. Apabila Allah ilhamkan kita untuk berdoa kepadaNya, maka Dialah yang akan memaqbulkannya. (Surah Ghafir:60) itulah janji Allah dan Dia tidak mungkir janji.

Kita pergi ke sana (Makkah) bererti kita telah berkorban harta dan tenaga. Maka kita wajib bersedia untuk berkorban apabila diminta untuk memelihara agama ini, memelihara tanah air kita dari dirampas, kebebasan, kehormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan Allah kepada kita dari diperkotak-katikkan. Allah menjadikan kita sebagai insan. Kata-kata Sayyidina Umar yang masyhur “bilakah kamu memperhambakan manusia sedangkan mereka dilahirkan ibu mereka sebagai orang yang merdeka”? menunjukkan bahawa kemerdekaan merupakan hak asasi manusia yang paling utama yang mesti diperjuangkan oleh umat Arab dan Islam. Kebebasan kita tercerna apabila kita mengabdikan diri kepada Allah. Kemuncak kemerdekaan terletak pada ubudiyyah kepada Allah. Kita tidak tunduk dan tidak diperhambakan oleh selainNya walau sehebat manapun. Kita tidak tunduk kepada syahawat walaupun ia begitu menggelegak. Kita lihat akibatnya orang yang tunduk kepada syahawat sehingga membunuh dan menindas anak bangsa serta kaum keluarga sendiri.

Moga-moga mereka mengambil pengajaran, lalu mereka termasuk orang yang bahagia. Mereka tidak jadi orang yang celaka yang menjadi pengajaran untuk orang lain. Kita mulakan perjalanan haji dengan pengorbanan harta, bahkan kita memilih harta yang halal. Jika tidak, kita ditolak, haji kita tidak diterima. Pemilihan harta yang halal ini menjadi peringatan kepada muslim bahawa itulah yang sepatutnya cara hidup mereka, hanya bergantung kepada sumber yang halal sahaja sama ada makanan, pakaian dan segala-galanya. Jila tidak, doa tidak diterima.

Ini permulaannya. Kemudian niat yang ikhlas kerana Allah ‘Azza wa Jalla. Kumdian bila tiba, kita berkumpul di rumah Allah untuk tawaf sebagai mengecas hati kita di Kaabah. Lalu hati itu mendapat tenaga baru. Begitulah setiap kali solat walaupun tidak di hadapan kaabah, namun tenaganya tetap memberikan hati kesegaran yang berterusan.


credited to ustazah maznah : http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

Sunday, August 7, 2011

Dosa yg Sedih VS Kebaikan yg Takbur

Berkata Sheikh Dr Yusuf AlQardhawy:

" Saya masih ingat seorang pemuda yang masih remaja dikuasai oleh gharizahnya pada saat ia lemah dan hatinya lengah, lalu terjerumus ke dalam perbuatan maksiat.

Kemudian ia sedar bahawa dirinya telah menjadi kotor setelah tadinya suci, menyeleweng setelah tadinya menempuh jalan yang lurus, sesat setelah tadinya benar dan merasakan pahitnya maksiat setelah tadinya ia merasa manisnya taat.

Sebab itu ia mengurung diri berhari-hari di rumahnya menangisi nasibnya dan berbalik ke kiri dan ke kanan di atas katilnya yang dirasakan bagai bara yang menyala.

Dia merasa sedih sekali, bumi yang luas dirasanya sempit. Kerana itu, ia tidak berani menatap wajah orang lain dan tidak keluar biliknya, kerana malu pada Tuhan dan kepada dirinya sendiri, menjauhkan diri dari kawan-kawannya padahal tiada seorang pun yang tahu apa yang terjadi ke atas dirinya.

Hal itu tentu akan terus berlangsung, sekiranya saya tidak menghantar surat kepadanya, memberi harapan dengan bertaubat dan memohon ampunan Allah. Saya sebutkan kepadanya hadis Rasulullah (saw):

"Barangsiapa gembira dengan kebaikan dan sedih kerana kejahatan yang diperbuatnya, maka ia seorang mukmin".

Perkataan Ali bin Abu Talib:

"Kejahatan yang membuat engkau sedih lebih baik dari kebaikan yang membuat engkau takbur"

dan Ucapan Ibnu Athaillah:

" Kadang-kadang dibuka bagimu pintu taat dan tidak dibuka bagimu pintu penerimaan. Kadang-kadang ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat, tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai kepada kebaikan. Perbuatan naksiat yang menimbulkan perasaan salah dan menyesal lebih baik daripada perbuatan taat yang menimbulkan ujub dan takbur.".

(Yusuf AlQardhawy, Pendidikan Islam dan Madrasah Hasan Albanna, Penerbit Bulan Bintang, Jakarta, 1980. m.s. 37-38)