Wednesday, June 27, 2012

Kemenangan Mesir, Kebangkitan Islam

Seperti sahabt2 sekalian tahu,
beberapa tahun kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa dunia,

Antara nya adalah,
DEngan kebangkitan rakyat di timur tengah,
kita dikejutkan lagi dengan kemenangan mesir.

Mengapa semua ini berlaku?
adakah dirancang?

Sekiranya anda kata dirancang maka anda adalah benar,
sekiranya anda kata ini tidak dirancang maka ia adalah benar jugak,

Mengapa?

Anda betul sekiranya anda kata ini dirancang oleh Allah,
Anda jugak betul sekiranya anda kata manusia ade sebahagiannya tidak menjangkakan perkara ini berlaku.

Kemenangan Islam, sangat berkait rapat dengan pemimpin Islam yg ikhlas, benar, dan adil,
kemenangan Islam juga adalah bermula dari kesedaran setiap individu utk mengamalkan islam sepenuhnya,

apapun, mari kita terus menyokong dan mempersiapkan diri utk apa2 yang berlaku dimasa hadapan.

Mari kita sentiasa perbaiki diri kita walaupun perit, moga amal kita diterima Allah

Saturday, June 23, 2012

Dikala Senja




Dikala senja,

byk aktiviti yg dibuat oleh seseorg,

ade yg bersukan,

ade yg borak2 ngn member smbil minum petang,

ade yg dok lepak depan tv, biase byk citer2 best time epic mcm ni,




ade yg dok lepak depan komputer, lyn movie, buat kerja,dok scan komputer dr virus,

ade yg layan musika, ikot minat masing, seperti trance, lagu touching, soundtrack, lagu jiwang, lagu 80 an, 70 an, 90 an, jepun, org putih, nasyid, dn byk lg musik, tak tertulis,







sememangnya petang adalh satu waktu yg sgt bermakna,

kalau kita tgk ulama',

ade yg dok terkenang dosa2,





berzikir(ingat Allah),

sememangnya senja adalah waktu sprti duka ade, sedih ade,



org kata satu waktu yg tidak dpt ditulis atas kertas,

unik hati manusia ni...

Friday, June 22, 2012

Bermula dari Kosong



wow.sgt lama aku sudah tidak menulis.tanganku sudah berkarat untuk menulis.Bahasa, Olah ayat, semuanya tunggang langgang



Aku terasa utk mula menulis apabila mendapat suntikan semgat dari sedara aku.

Tapi tu laa.. idea menulis da hilang di telan zaman.

Bagi mereka yang singgah lalu blog ini, aku akan cuba update apa yang perlu untuk anda semua. so selalu lah singgah bolg ini

Blog ini mungkin akan berubah gaya penulisan dan tatabahasa kerana agak mengambil masa utk boleh menulis seperti dulu.

Bak kata ramai orang nak mula balik kena lah bermula dari kosong jadi terus setia dgn blog ini... :-)


Tuesday, November 8, 2011

Perutusan mursyidul am ikhwan muslimin


Dengan Nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, para sahabat, keluarga dan pengikutnya...

Wahai ikhwah dan akhawat yang ku kasihi kerana Allah,

Wahai muslimin dan muslimat diseluruh pelusuk bumi,

Bicara ini terpancar dari hatiku sempena hari kebesaran yang penuh keberkatan, Hari Raya al-Adha al-Mubarak serta 10 hari Zul-Hijjah yang merupakan hari paling afdhal untuk bertaqarrub kepada Allah. Hari paling baik daripada semua hari di atas muka bumi di sepanjang tahun.

Kita lihat apa yang dapat kita kaup faedah daripada hari-hari ini, apa pengajaran yang kita dapat ambil daripada perjalanan haji orang yang dipilih oleh Allah untuk pergi ke tempat suci itu, dan orang yang belum dipilih untuk menerima anugerah yang membahagiakan itu.

Pertama, ibadah-ibadah yang disyariatkan Islam bertujuan menghimpunkan umat seluruhnya. Bermula dengan solat yang ditunaikan secara fardi (perseorangan) dan jama’ei (berjamaah) di setiapa tempat, di peringat desa, kota, daerah dan negeri. Ketika mana kita berkumpul untuk solat, ia merupakan bentuk perhimpunan umat. Kumidian kita berhimpun ketika puasa. Meskipun kita laksanakan secara individu, tetapi seluruh umat menghayati perasaan yang sama, jadual hidup yang sama, menjalani proses pentarbiah roh dan jasad dalam kerangka ibadah yang sama. Selepas itu penyatuan umat seluruhnya dari seluruh pelusuk bumi merentasi sempadan masa dan geografi.

. Ini merupakansatu bentuk penyatuan umat yang unik, penyatuan di atas landasan pengabdian diri kepada Allah Tuhan semesta alam. Menginsafi dan mengiktiraf bahawa semua mereka adalah hambaNya, hanya Dia yang berhak mensyariatkan apa-apa hukum supaya dipatuhi oleh sekelian hambaNya.

Justeru, apabila kita melangkah kaki ke dalam manasik haji, kita hendaklah mempersiapkan diri bermula dari hati, iaitu hati berasa condong dan rindu untuk berangkat ke tanah suci sebagai menyahut doa seruan Nabi Ibrahim a.s. (Surah Ibrahim:37) yang mendoakan agar hati manusia terpaut kepada Baitillah dan mereka tetap menunaikan solat.

Musim haji pada tahun ini tiba dalam suasana bumi Arab didatangi musin bunga tsaurah mengukuhkan bahawa doa kita dan doa para hujjaj pada tahun-tahun sebelumnya tidak sia-sia. Allah telah qabulkan doa itu dengan membebaskan umat Arab dari cengkaman pemerintahan diktator. Maka kita amat memerlukan doa itu diteruskan dengan lebih lebat lagi. Kami hanya meminta daripada kamu doa. Apabila Allah ilhamkan kita untuk berdoa kepadaNya, maka Dialah yang akan memaqbulkannya. (Surah Ghafir:60) itulah janji Allah dan Dia tidak mungkir janji.

Kita pergi ke sana (Makkah) bererti kita telah berkorban harta dan tenaga. Maka kita wajib bersedia untuk berkorban apabila diminta untuk memelihara agama ini, memelihara tanah air kita dari dirampas, kebebasan, kehormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan Allah kepada kita dari diperkotak-katikkan. Allah menjadikan kita sebagai insan. Kata-kata Sayyidina Umar yang masyhur “bilakah kamu memperhambakan manusia sedangkan mereka dilahirkan ibu mereka sebagai orang yang merdeka”? menunjukkan bahawa kemerdekaan merupakan hak asasi manusia yang paling utama yang mesti diperjuangkan oleh umat Arab dan Islam. Kebebasan kita tercerna apabila kita mengabdikan diri kepada Allah. Kemuncak kemerdekaan terletak pada ubudiyyah kepada Allah. Kita tidak tunduk dan tidak diperhambakan oleh selainNya walau sehebat manapun. Kita tidak tunduk kepada syahawat walaupun ia begitu menggelegak. Kita lihat akibatnya orang yang tunduk kepada syahawat sehingga membunuh dan menindas anak bangsa serta kaum keluarga sendiri.

Moga-moga mereka mengambil pengajaran, lalu mereka termasuk orang yang bahagia. Mereka tidak jadi orang yang celaka yang menjadi pengajaran untuk orang lain. Kita mulakan perjalanan haji dengan pengorbanan harta, bahkan kita memilih harta yang halal. Jika tidak, kita ditolak, haji kita tidak diterima. Pemilihan harta yang halal ini menjadi peringatan kepada muslim bahawa itulah yang sepatutnya cara hidup mereka, hanya bergantung kepada sumber yang halal sahaja sama ada makanan, pakaian dan segala-galanya. Jila tidak, doa tidak diterima.

Ini permulaannya. Kemudian niat yang ikhlas kerana Allah ‘Azza wa Jalla. Kumdian bila tiba, kita berkumpul di rumah Allah untuk tawaf sebagai mengecas hati kita di Kaabah. Lalu hati itu mendapat tenaga baru. Begitulah setiap kali solat walaupun tidak di hadapan kaabah, namun tenaganya tetap memberikan hati kesegaran yang berterusan.


credited to ustazah maznah : http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

Sunday, August 7, 2011

Dosa yg Sedih VS Kebaikan yg Takbur

Berkata Sheikh Dr Yusuf AlQardhawy:

" Saya masih ingat seorang pemuda yang masih remaja dikuasai oleh gharizahnya pada saat ia lemah dan hatinya lengah, lalu terjerumus ke dalam perbuatan maksiat.

Kemudian ia sedar bahawa dirinya telah menjadi kotor setelah tadinya suci, menyeleweng setelah tadinya menempuh jalan yang lurus, sesat setelah tadinya benar dan merasakan pahitnya maksiat setelah tadinya ia merasa manisnya taat.

Sebab itu ia mengurung diri berhari-hari di rumahnya menangisi nasibnya dan berbalik ke kiri dan ke kanan di atas katilnya yang dirasakan bagai bara yang menyala.

Dia merasa sedih sekali, bumi yang luas dirasanya sempit. Kerana itu, ia tidak berani menatap wajah orang lain dan tidak keluar biliknya, kerana malu pada Tuhan dan kepada dirinya sendiri, menjauhkan diri dari kawan-kawannya padahal tiada seorang pun yang tahu apa yang terjadi ke atas dirinya.

Hal itu tentu akan terus berlangsung, sekiranya saya tidak menghantar surat kepadanya, memberi harapan dengan bertaubat dan memohon ampunan Allah. Saya sebutkan kepadanya hadis Rasulullah (saw):

"Barangsiapa gembira dengan kebaikan dan sedih kerana kejahatan yang diperbuatnya, maka ia seorang mukmin".

Perkataan Ali bin Abu Talib:

"Kejahatan yang membuat engkau sedih lebih baik dari kebaikan yang membuat engkau takbur"

dan Ucapan Ibnu Athaillah:

" Kadang-kadang dibuka bagimu pintu taat dan tidak dibuka bagimu pintu penerimaan. Kadang-kadang ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat, tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai kepada kebaikan. Perbuatan naksiat yang menimbulkan perasaan salah dan menyesal lebih baik daripada perbuatan taat yang menimbulkan ujub dan takbur.".

(Yusuf AlQardhawy, Pendidikan Islam dan Madrasah Hasan Albanna, Penerbit Bulan Bintang, Jakarta, 1980. m.s. 37-38)

Wednesday, July 6, 2011

susah memberi kepuasan dalam beramal

Assalamualaikum,salam sejahtera pada anda semua.kali ini mari kita berfikir sambil bersantai dalam entry kali ini.

Dengan melihat keadaan dunia dan bacaan dari karangan ulama2, maka tajuk ini sangat sesuai bagi sesiapa yg merasakan bahawa dia adalah muslim.

senang dan mudah.ok lets begin, kita selalu diperdengarkan dalam byk ceramah motivasi dn seminar tidak kira dari segi dlm mencari duit, berhadapan dgn ketua yg garang, berhadapan dgn kerenah rakan2 yg tatkala membingitkan telinga kita atau masalah tekanan dlm cost living.hidup penuh dgn tekanan sehinggakn ada yg sanggup menggunakan jalan mudah tetapi binasa.


ada yg menggunakan perkhidmatan ah long, ada yg membunuh diri, dan pelbagai lagi cara yg akhirnya menyusahkn diri.


begitulah manusia.bukan mereka inginkn tetapi terpaksa.dalam media sehinggakn masyarakat yg kita kenali terpaksa berhadapan dengan masalah hidup.

Itulah dunia sekarang.nak xnak itulah masyarakat kita.kita tidak boleh mengabaikan mereka bahkan menjadi kewajipan muslim untuk membantu masyarakat dalam permasalahan tekanan(stress).
Ini terbukti lagi sehinggakn golongan motivater atau kaunseling adalah profesion yg penting.tetapi adakah cukup dengan hanya beberapa org profesion ini sedangkan berjuta-juta manusia menghadapi masalah ini.

Jangan risau dan yakin.Hanya masalah ini boleh di settlekn dalam Islam.kerana inilah agama yg benar dan "the way of life".

"Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)." (At-Talaq: 3)

Kita melihat balik sirah nabi muhammad, bagaimana rasulullah tidak pernah berputus asa dalam berdakwah walaupun nabi dihujani dengan tomahan, cacian dan dibaling dengan batu.Sekiranya itulah kita, mungkin kita akan mengeluh atau mengambil jalan mudah dengan berputus asa.betul x?.

Bagaimana pula kita melihat ulama'2 dan mereka yang berjuang menegakkn agama Allah.Memang sangat letih dn perlu emosi yg tinggi.mereka seperti manusia biasa.menghadapi masalah cost living, tekanan dengan rakan2 mereka yg tidak memahami perasaan mereka.

Tetapi mereka tidak mengambil jalan mudah.kenapa?.bagaimana boleh begitu??.

Ini kerana mereka hanya mengharapkan kesenangan daripada Allah.Bukankah begitu??.

"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Al-Nahl:128)"


Kita melihat 2 tekanan yg sama tetapi berbeza.Golongan 1 merasakan tidak ada jalan lain maka menjadikan diri terseksa. manakala Golongan 2 merasakan tekanan tetapi tenaaangggg......

Itulah yang dikatakan dengan susah memberi kepuasan dalam beramal.

Ikhlaskn niat kita, betulkan hubungan kita dengan Allah, muhasabah amalan kita, insyaAllah Allah akan menolong kita dalam kesusahan kita.mungkin bukan bentuk kebendaan tetapi dengan bentuk hati merasa tenang dan cukup apa yg kita miliki.

Jadilah hamba Allah bukan hamba Manusia

Friday, June 10, 2011

kegembiraan dan kesedihan sebagai tanda aras keimanan

Sabda nabi saw:

مَن سَرّته حَسَنته وسَائته سَيّئتُهُ فهُوَ مُؤمٍن


Ertinya:

Sesiapa yang bergembira di atas kebaikannya dan bersediah di atas kejahatannya, maka dia adalah seorang mukmin”. (HR. Tabrani dari Abu Musa As’ary r.a)

Dalam hadith ini Rasulullah menjelaskan salah satu tanda aras untuk mengukur dan menilai keimanan seorang muslim, iaitu dengan memerhatikan perasaaannya setelah melakukan sesuatu perbuatan, apakah ia bergembira setelah melakukan sesuatu kebaikan atau bersedih setelah melakukan kejahatan? Kalau benar ia bergembira, bererti ia adalah seorang mukmin. Tetapi apabila sebaliknya, iaitu merasa gembira setelah melakukan kejahatan dan merasa sedih setelah berbuat kebaikan, maka bererti keimanannya telah pudar dari hatinya.

Kegembiraan imani

Mengapa seorang mukmin bergembira setelah melakukan kebaikan? Ada beberapa sebab untuk menjawab pertanyaan ini:

1. Ia mengetahui bahawa sekecil manapun kebaikan yang dilakukan pati dilihat dan dicatat oleh Allah. Firman Allah swt:

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihatnya”. (Az-Zalzalah: 7)
2. Ia mengetahui bahawa sekecil manapun kebaikan yang dilakukan, maka ia akan mendapat balasan pahala yang berlipat ganda. Firman Allah swt:

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakan dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar”. (An-Nisa’: 40)
3. Ia mengetahui bahawa kebaikan yang dilakukannya maka sebahagian dari dosa-dosanya yang kecil akan dihapuskan. Firman Allah swt:
“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk”. (Hud: 114)

Sabda nabi saw:

“Iringilah perkara buruk dengan perbuatan baik yang akan menghapuskan dosanya”. (HR. Tirmizi)

4. Ia akan merasai kelazatan iman. Seorang mukmin yang Berjaya melakukan sesuatu kebaikan atau menghindarkan dari sesuatu keburukan, maka ia akan merasai kemanisan iman. Sabda nabi saw:

“Allah berfirman: “Pandangan adalah alah atu di anatara panah-panah iblis. Barangiapa meninggalkannya kerana takut kepadaKu, necaya Aku akan memberikan ganti kepadanya dengan uatu keimanan yang boleh ia raalakan kelazatan di dalam hati”. (HR. Tabrani)

Kesedihan imani

Mengapa seorang mukmin merasa sedih setelah berbuat kejahatan? Beberapa sebab sebagai menjawab persoalan di atas:

1. Ia menyedari bahawa setelah berbuat kejahatan, maka ia akan mendapat balasan dari Allah swt. Firman Allah swt:

“Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah sekalipun, maka ia akan mendapat balasan dari Allah”. (Az-Zalzalah: 8)

2. Ia menyedari setiap kejahatan yang dilakukannya, bererti ada titik hitam yang akan mengotori hatinya. Sabda nabi saw:

"Sesungguhnya seorang hamba apabila melakukan sesuatu dosa, maka dituliskan titik hitam dalam hatinya. Jika ia bertaubat, maka akan membersihkan hatinya, tetapi jika bertambah dalam melakukan dosa, maka titik hitam itu akan bertambah pula sehingga menutupi hatinya”.

3. Ia merasa malu kepada Allah Yang Maha Mengetahui semua yang terang dan tersembunyi. Disebutkan dalam riwayat bahawa ada sahabat nabi yang ketinggalan olat berjamaah, lalu merasa malu beriringan dengan sekumpulan sahabat yang berjalan sehingga ia bersembunyi sambil berkata; “Tidak ada kebaikan bagi orang yang tidak memiliki rasa malu ketika mengalami hal seperti ini.

Di petik dari blog http://abuamar41.blogspot.com