Tuesday, October 23, 2012

ViDeO


Mengapa saya post video ini sebab mmg mantap, Lagu die dn video mmg sangat serasi, sangat smooth dn mantap.

Serius sila tgk sampai habis

Tuesday, October 16, 2012

Dosa mematikan Hati


Kita telah membicarakan di dalam tulisan yang lepas tentang beberapa kesan yang menimpa seseorang hamba akibat daripada dosa yang dilakukannya di mana pada keseluruhannya di penghujung adalah mematikan hati dan mungkin lebih jauh dari itu..Ini kerana hati yang mati adalah balasan di dunia kepada orang yang berbuat dosa. 

Di dalam tulisan ini kami akan melengkapkan peringatan tentang kesan-kesan dosa ini seperti yang dinyatakan oleh para salafussoleh kerana mengharapkan supaya manusia berhenti dari melakukan dosa dan berusaha untuk bertaubat..seperti yang kami nyatakan sebelum ini bahawa pengetahuan tentang keburukan akibat melakukan dosa dan betapa keji kesan perbuatan maksiat akan membantu seseorang untuk beristiqamah dalam perkara ketaatan dan berwaspada daripada melakukan sebarang dosa. 

Di antara kesannya ialah rezeki yang berkurangan atau sempit. Seseorang hamba diharamkan memperolehi rezeki lantaran dosa yang dilakukan. Sabda nabi saw:

“Seorang lelaki yang melakukan dosa diharamkan (disempitkan) daripada memperolehi rezeki”. (Ibn Majah dan Ahmad)

Di antaranya, hilang kemanisan dan keghairahan semasa melakukan ibadah dan ketaatan, lalu bertukar menjadi kebencian dan kehinaan. Di antaranya juga menyebabkan hati manusia menjadi benci dan menjauhkan diri daripadanya.

Di antaranya, hilang sesuatu yang terpenting baginya iaitu masa yang tidak boleh ditukar ganti dan tidak akan kembali semula sampai bila-bila. Masanya hilang dengan sia-sia bermaksud hilangnya keseluruhan hidupnya kerana masa adalah kehidupan. Barangsiapa yang mensia-siakan masanya bererti ia telah merugikan aset, menghilangkan asal kewujudannya dan asas pembinaannya.

Di antaranya, tompokan atau tutupan ke atas hatinya. Seorang hamba yang berbuat sesuatu dosa akan terdapat satu titik hitam di dalam hatinya. Seandainya dia bertaubat titik hitam itu akan terpadam tetapi seandainya terus melakukan dosa yang lain, maka akan bertambah titik hitam itu dan akan terus memenuhi hatinya. Ini yang dikatakan menutupi hati. Firman Allah:  

Sekali-kali tidak (demikian), Sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka .” (Al-Mutaffifin: 14)

Justeru seseorang hamba itu diharamkan dari merasai kemanisan beribadah. Apabila ia mengerjakan ketaatan, maka ia tidak merasai kemanisan dan kekuatan hasil daripada ketaatan dan ia tidak memperolehi pertambahan iman, kecerdasan dan keghairahan kepada akhirat, padahal mengerjakan perkara ketaatan sudah semestinya akan membuahkan kesan-kesan ini.

Menurut Ibn Qayyum Rahimahullah di dalam kitabnya ‘Ad-Da’ wad-Dawa’: “Cara mencegah daripada menerima balasan akibat perbuatan dosa ialah dengan mengerjakan perkara ketaatan dan menghentikan dosa dengan ketaatan yang lain. Kemudian menghentikan dosa dengan ketaatan yang ketiga, kemudian keempat dan seterusnya. Oleh itu ia menghentikan perbuatan dosa dengan pelbagai ketaatan ataupun ibadah. Setiap satu ibadah adalah lebih baik baginya daripada dunia dan segala isinya. Hal ini laksana seorang lelaki yang memakan pelbagai jenis makanan yang baik baginya akan menghindarkan dirinya daripada penyakit yang berpanjangan” .
Sesuatu dosa akan mengundang dosa yang lain, kemudian akan menambahkan dosa yang lain lagi, kemudian dosa yang ketiga, kemudian bergabung tiga jenis doa, lalu mengundang dosa yang keempat dan begitulah seterusnya hingga dosanya telah sebati dan meresap di dalam dirinya. Ini kerana balasan sesuatu kesalahan adalah kesalahan seterusnya. Begitulah yang ditegaskan oleh para salafussoleh.

Oleh itu lenyap apa yang ia sukai dan yang baik baginya, kerana Allah tidak mempertemukan kepada hambaNya keseronokan perkara haram di dunia dan keseronokan apa yang ada di akhirat. Firman allah:  

“Dan (Ingatlah) hari (ketika) orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan): "Kamu Telah menghabiskan rezkimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu Telah bersenang-senang dengannya; Maka pada hari Ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan Karena kamu Telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan Karena kamu Telah fasik". (Al-Ahqaf: 20)

Ini kerana orang mukmin tidak akan dilenyapkan kesenangan-kesenangannya di dunia, tetapi seorang mukmin mestilah meninggalkan sebahagian kesenangannya di dunia untuk kesenangan di akhirat. Sedangkan orang kafir mereka tidak beriman dengan hari akhirat, kerana itu mereka begitu ghairah dan bersungguh-sungguh menikmati kesenangan semasa di dunia.

Perbuatan dosa mencegah hati daripada berangkat meninggalkan hal dunia dan menumpukan hal akhirat. Hati yang dikotori perbuatan dosa terus kebingungan dan kehilangan panduan hinggalah hati itu meninggalkan hal dunia dan menumpukan hal akhirat. Apabila hati cenderung kepada akhirat, maka ia semasa di dunia akanmemperolehi taufik dan pemeliharaan Allah dari semua arah dan sentiasa bertambah dengan bekal iman dan takwa sehingga penghujung nyawanya..Sebaliknya kalau hatinya tidak cenderung kepada hal akhirat, maka sudah pasti hatinya akan merasa sempit, payah, letih, malas dan berat untuk berbuat kebaikan.

Di antara kesan yang paling serius, musibah yang paling berat dan luka yang paling kronik ialah Allah, para malaikat dan hamba menjauhkan diri darinya..Oleh itu seorang hamba yang tidak melakukan ketaatan dan sibuk dengan kemaksiatan pasti Allah menjauhkan darinya. Begitu juga para malaikat dan hamba keseluruhannya. Sama seperti jikalau seorang hamba menerima Allah dengan melakukan perkara ketaatan, maka Allah juga akan menerimanya dengan memberikan taufik dan hidayah. Begitu juga makhluk Allah yang lain turut menerima dengan mendoakan kesejahteraan dan pemeliharaan daripada dosa.

Kesimpulannya bahawa kesan-kesan maksiat yang buruk lebih banyak daripada yang diketahui oleh seorang hamba. Begitu juga kesan-kesan ketaatan lebih banyak daripada yang diketahui oleh seorang hamba. Justeru kebaikan di dunia dan akhirat terhasil daripada ketaatan kepada Allah dan keburukan di dunia dan akhirat terhasil daripada kemaksiatannya.

Terjemahan daripada http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=14598&SecID=360

Jadilah kita orang yang sentiasa memperbaiki hati, baik hati, tenteramlah hidup

Saturday, October 13, 2012

Kisah Abu Ghayyath


Dikisahkan bahawa seorang yang sangat zuhud bernama Abu Ghayyath. Beliau tinggal di dalam kawasan perkuburan di Bukhara. Pada suatu hari beliau pergi ke kota untuk menziarahi seorang saudaranya. Beliau bertembung dengan sekumpulan budak-budak lelaki (anak-anak atau hamba kepada gabenor, Nasar bin Ahmad). Bersama budak-budak tersebut penyanyi dan penghibur. Mereka baru keluar dari istana gabenor dalam keadaan bersuka ria dengan kelakuan yang tidak senonoh. Kebetulan hari itu adalah hari gabenor menerima tetamu.

Manakala Abu Ghayyath terpandang keadaan budak-budak itu, dia berkata kepada diri sendiri: "Wahai diriku, satu kejadian telah berlaku. Jika engkau diam, bererti engkau terlibat sama!" Lalu dia mengangkat kepalanya ke langit memohon pertulungan dengan Allah. Dia mengambil tongkatnya dan mengetuk budak-budak itu dengan sekali ketuk. Budak-budak itu lari lintang pungkang, meluru memasuki istana gabenor. Mereka menceritakan apa yang berlaku. Gabenor memanggil Abu Ghayyath masuk mengadap. 

Dan berlakulah soal jawab antara gabenor dengan Abu Ghayyath:

G: Tidakkah engkau tahu bahawa sesiapa yang derhaka kepada gabenor, dia akan makan tengahari di dalam penjara?

AG: Tidakkah engkau tahu bahawa sesiapa yang derhaka kepada ar-Rahman, dia akan makan malam di dalam an-Niran (api neraka)?

G: Siapa yang melantik engkau sebagai penguatkuasa?

AG: Yang melantik engkau menjadi gabenor

G: Aku dilantik oleh Khalifah.

AG: Dan aku dilantik oleh Tuhan Khalifah.

G: Aku bebaskan engkau dan melantik engkau sebagai penguatkuasa di Samarqand

AG: Aku mengelakkan diriku darinya

G: Anehnya engkau! Engkau menguatkuasa ketika engkau tidak dilantik. Dan engkau enggan bila dilantik.

AG: Kerana, jika engkau melantikku, engkau yang akan memecatku. Jika Tuhanku yang melantikku, tiada seorangpun yang boleh memecatku.

G: Mintalah apa hajatmu.

AG: Hajatku ialah supaya engkau memulangkan kemudaanku

G: Itu bukan terletak di bawah kekuasaanku. Adakah engkau mempunyai hajat lain daripada itu?

AG: Aku ingin supaya engkau tulis surat kepada Penjaga Neraka agar dia tidak mengazabku.

G: Itupun bukan di bawah kekuasaanku. Adakah engkau mempunyai hajat yang lain?

AG: Aku bersama Tuhan Pemilik segala hajat semuanya. Aku tidak meminta sesuatupun hajatku daripadaNya kecuali Dia memberikannya kepadaku.

Akhirnya gabenor melepaskan Abu Ghayyath pergi meninggalkan istananya.

Dari kitab: Zad al-Murabbin.

Saturday, October 6, 2012

Luar KoTaK

Bukan nk mnghntam atau mngkritik sesiapa,

Cuma, perlu lah kita jangan terima berita bulat2, bila kita berbicara tentang pemerintah, pembangkang,
akan sentiasa ada perlawanan, bahkan boleh smpai tahap kritikal.

mcm video nih ^^


Perlawanan yang kadang2 kita pon xtahu siapa betul dn siapa salah. cuma saya sbgai rakyat biasa memandang pemimpin sbgai bukan sebarang pemimpin, penuh dengan 'bijaksana' dn penuh dengan perncangan (entah baik/jahat).

Ini




dan ini





Saya sebagai yg xbeberapa pandai ekonomi ni msih tercungap2 nk paham.. bhasa ekonomi mmg ssh nk paham, apatah lg susah apabila dibentang oleh pemimpin 'politik'.

Macam dalam kelas, cikgu/pensyarah kata "Bola", kami dengar dn faham "bola", lepas tu cikgu/pensyarah tanya "semua faham?", satu kelas diam tidak berkata apa sambil mengangguk kepala. Lalu pensyarah/cikgu kata " Bagus semua faham, itulah orang melayu, sentiasa angguk, tp bg ujian secara spontan semua tak boleh jawab, bla...bla...." pensyarah/cikgu seolah-olah memarahi pelajar2 kerana tidak bertanya.

Hahaha, lawakla pensyarah2/cikgu2 ni, mcm x pernah jadi pelajar pulak, kami hanya menerima bulat2 apa yg anda kata kerana itu satu benda baru untuk kami, bila buat ujian bkn mngeritik tapi sepatutnya bukalah minda pelajar supaya faham bola tu bulat, ade warna-warni, digunakan utk pelbagai sukan. Bukan semua pelajar dianugerahkan dengan kepandaian dn kritikal thinking yg sama. Tetapi diBina oleh anda sbg guru kami, byngkn dengan xtahu bola itu apa, terus nk kami merasakn kami faham.... "........." (haha)

Tolonglah wahai pendidik/bakal pendidik, fahami pelajar dn ajarlah dengan seikhlas hati, IAllah ada berkah guru dn murid di situ.

Ok2, berbalik pd topik kita, tersasul jauh pulak...bukan ape cuma itu fakta....(dah.dah)

ok,

Tidak memihak pd mana2, cuma saya rasa mcm dipermainkan oleh mereka yg 'mgetahui'..

Dengan ini, saya rasa perlulah bertanya pd yg pakar ekonomi/politik/masyarakat berkaitan yg d laksanakn oleh pemimpin. Bukanlah terus mngeritik tnpa hujah,

tp ikut hati, haha paham2 lah ye...

Ok pasal bertanya teringat 1 ayat Quran yg mashyhur, pastikn kita praktikkan utk kesejahteraan kita dan tidak diperbodohkan.

"Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,"
- An-Nahl : 43-