Friday, June 29, 2012

PerSepsi

Selamat pagi semua,

Disaat aku menulis ini, adalah disaat dimana aku merasakan tajuk ini adalah suatu benda yang remeh tapi boleh  merubah pemikiran dan keputusan seseorng.

Persepsi

Disini saya xdelah nak mendefinisikan persepsi ini mengikut kamus dewan, kamus oxford fajar dan mana2 kamus dalam dunia kerana saya yakin bahawa semua sudah sedia maklum dengan maksud pada istilah ini,

mari kita menaakul persepsi ini dengan pelbagai cara yang boleh.
apabila kita mendengar dialog seperti ini:



A : Weih, aku nampak kau ni mcm pelik je... kau ni ok x? asyik pelik je setiap masa
B : Lol, ak memang macm ni asal ko tanye soalan mcm x pnh kenal aku je...
A : Bukan ape..tgk ko ni semakin hari semakin pelik, pelik tu mksud ak mcm banyak da berubah tentang
     kau
B : Adoi kau ni, itu persepsi kau je..

Bagaimana? apa pendapat anda mengenai persepsi kedua2 orang dalam dialog ni?
secara jelas, kita tengok A ini mempunyai persepsi pd si B, sedangkan si B ini tidak ade persepsi atau persepsi dia pd A adalah sama.

Bila kita melihat lebih dalam lg, mungkin ade baik dan buruknya dalam kita berpersepsi pd orang2 lain,
ini sentiasa berlaku.

Kalu kita tengok dalam sirah nabi pon bagaimana, sahabat2 mempunyai persepsi2 yang pelbagai, seperti boleh menghasilkan pendapat yang berbeza, tapi kena ingat sahabt2 ini bukan berdasarkan persepsi(akal) semata, tetapi dipandu dgn Quran dan sunnah.

Wah, sungguh indah persepsi ini sebnrya.Tetapi persepsi ini boleh jadi buruk dan baik seperti saya cakap sebelum ini, mari kita tengok perbezaan monolog dalaman si B.

Sekiranya persepsi dia baik:
"Eh si A ni perasan dengan masalah aku, terharu kot"

Sebaliknya:
"Adoi si A ni menyibuk je dengan masalah aku, nnti mesti dia sebarkan pada org lain, siotla"

Bagaimana pulak kita tengok si A pulak,

Persepsi baik:
"Eh kesian member aku ni, dah makin berubah aku kena buat something utk dia"

Sebaliknya:
"Si B ni dh berubah dah skrg, kena buat sesuatu pd dia ni"





Hmm, persepsi si B ini jelas dan xperlu dijelaskan pada anda, tetapi persepsi si A ini adalah sama, saya menjadikan persepsi ini menjadi dua kerana tindakan si A, tindakan si A ini menjadikan persepsi si B ini berubah kepada dua persepsi. Bagaimana?
Biasanya orang yang menegur itu perlulah shbt kepada dia dan rapat, dari segala sudut, barulah boleh direct hit, tp depend on orang jugak.



sekiranya kita melihat pada sirah Rasulullah dn Sahabat, bagaimana persepsi mereka sentiasa positive, sekiranya ada org tegur mereka sentiasa menerima dengan insaf.Bagaimana nak jadi macm ni.hehe.susah tu tp x mustahil, apapun nak cerita susah dan bukanlah aku orang yang dah settle pasal persepsi ni. tp yang aku tau dan belajar, persepsi ini boleh dipostivekan dengan kita ada iman dan islam dalam diri kita.wah skop tu luaskan.kalau anda lihat secara umum memang anda akan segera menyanggah idea ini. Kita tengok orang islam sendiri pun bergaduh kerana berbeza dan tidak menerima persepsi orang lain. Sekiranya anda adalh orang yang banyak ilmu islam , sepatutnya anda tahu perkara ini, tetapi saya dah lihat dengan mata saya sendiri orang yang belajar tinggi2 dalam syariah pon tidak boleh nak settle masalah ini.pelik, Pelik, PElik, PELik, PELIk, PELIK !!.

Bagi saya tidaklah pelik sangat biasala tuh, lumrah manusia, bila banyak ilmu jd sombong, mcm qarun, byk harta jadi sombong. Eh, x mustahil orang byk ilmu sombong, dah terbukti dalam sejarah pun.Mungkin bak kata orang, ilmu xsama dengan amal, orang pandai buat jahat lagi bahaya dari orang jahil buat jahat, tetapi orang yang pandai buat baik lebih dari orang jahil buat baik

Mengapa saya menceritakan benda yang bagi semua adalah remeh temeh ini? maka saya tidak boleh menjawab soalan ini dengan mengikut persepsi anda dan kepuasan anda.

Sekiranya perkara ini remeh, mengapa orang yang dimuliakan kerana pangkatnya pun tidak boleh mencapai atau menguasai persepsi ini seperti sahabt? adakah seorang tukang kutip sampah berbeza dengan seorang engineer, lawyer, manager, CEO atau sebutlah apa pangkat besar pun. sekiranya anda tanya ade perbezaan memang ada perbezaan seorang kutip sampah dan seorang manager, seorang yang beringgit atau berpuluh ringgit dengan beribu atau berjuta, dua2 mempunyai badan yang sama, sini saya tidak mengatakan dari segi kekayaan, back to topic, pasal persepsi ye rakan2.oh mungkin ini terlalu jauh untuk buat perbandingan kot, ok la kita dekatkan lagi jurang antara dua orang.

Bagaimana sekiranya saya menceritakan perbezaan dua orang mahasiswa, Biasanya bila sebut mahasiswa, yang terbayang dalam kepala saya adalah mahasiswa, orang yang berjaya masuk universti dengan kecemerlangan atau dengan duit mereka, orang yang berintellectual tinggi, bak kata orang, masa depan negara bergantung pada mahasiswa, orang yang apabila cerita A, boleh jd B C D E ..... Z, bahkan A itu boleh jd ^@*# (simbol yang baru), self learn, berdikari, diantara dua alam, belajar dan kerja, single dan not single.ok cukup saya puji mahasiswa, so perbandingan yang saya nk buat adalah mahasiswa C dan D.

andaikata dua mahasiswa ini seorang yang pandai dan seorang lagi taklah beberapa perform, adakah si C ini lagi bagus persepsi dari si D atau sebaliknya. andaikata lagi, sekiranya dua mahsiswa ini adalah sama performance, adakah diantara mereka lebih baik persepsi diantara mereka?
mari dekatkan lagi perbezaan, sekiranya si C ini belajar phscyology dan si D ini belajar mass communication, adakah si C ini hebat berbanding si D?
sekiranya si C ini adalah PHD student dan si D ini Degree student, adakah si C ini lebih hebat dari si C ini dalam persepsi?
Adakah Si D ini seorang pelajar pengajian islam lebih bagus persepsi dia berbanding si C yang belajar bussiness?

Adakah orang yang outstanding lebih mantap persepsi dia berbanding orang yang biasa??

persepsi, persepsi, persepsi....haih, letih dengan persepsi ini, terlalu banyak dan sangat luas pengertian dan maksud tersirat.

Kesimpulannya, berhati-hati lah dengan persepsi, berlapang dada lah dengan siapa pun anda ketemui, suluhi lah dengan iman bukan dengan kekerasan, cahayailah dengan iman bukan dengan prinsip, iman dulu baru prinsip, anda pasti prinsip anda memasukkan anda kedalam syurga?, kalau tidak andalah berpersepsi sperti orang lain. x kemana.

Thursday, June 28, 2012

Bijak Matematik




Ibrahim bin al-Munzir al-Hazami menceritakan, seorang Arab badwi berkunjung ke rumah seorang lelaki penduduk bandar. Lelaki tersebut tinggal bersama seorang isteri, dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Di samping itu dia juga membela ayam yang banyak. Dia menyambut lelaki badwi itu sebagai tetamu dengan segala senang hati.

Dia berkata kepada isterinya, “tulung bakarkan seekor ayam untuk hidangan tengahari”.

Setelah ayam masak, isterinya membawa ayam bakar keluar tanpa dipotong. Tuan rumah berkata kepada tetamu, “silakan potong dan bahagi-bahagikan ayam ini untuk kita semua”.

Tetamu menjawab, “saya tidak berapa pandai membahagi, tapi kalau anda semua redha dengan pembahagian yang saya buat, saya akan lakukan”.

Tuan rumah berkata, “kami redha”.

Tetamupun memotong kepala ayam, lalu diberikan kepada tuan rumah sambil berkata, “kepala untuk ketua”.

Dipotongnya dua sayap dan diberikan kepada anak lelaki sambil berkata, “dua sayap untuk dua anak lelaki”.

Dua peha diberikannya kepada anak perempuan. Dia berkata, “dua peha untuk dua anak perempuan”.

Punggung ayam diberikan kepada ibu sambil berkata, “bahagian yang lemah untuk orang tua”

Dan dia mengambil bahagian dada sambil berkata, “az-zaur lizza-er (dada untuk pengunjung”.

Keesokannya tuan rumah menyuruh isterinya membakar lima ekor ayam pula. Setelah ayam masak, isterinya menghidangkan ayam-ayam tersebut tanpa dipotong seperti semalam.

Sekali lagi tuan rumah meminta tetamunya membahagikan ayam untuk mereka seisi rumah.

Dia bertanya kepada tuan rumah, adakah hendak dibahagikan secara ganjil atau genap? Tuan rumah berkata, secara ganjil.

Lalu dia membahagikan dengan berkata, “anda, isteri dan seekor ayam jadi tiga. Dua anak lelaki dan seekor ayam jadi tiga. Dua anak perempuan dan seekor ayam, jadi tiga. Saya dan dua ekor ayam jadi tiga”. Maka dia meletakkan dua ekor di dalam pinggan di hadapannya.
Dia melihat semua mata memandang ke arah dua ekor ayam di dalam pinggannya. Maka dia berkata, “boleh jadi anda tidak puas hati dengan pembahagian yang saya buat secara ganjil”.

Tuan rumah menjawab, “buatlah secara genap”.

Badwipun mengumpulkan kembali ayam-ayam tadi dan membahagikannya semula, “anda, dua orang anak lelaki anda dan seekor ayam, jadi empat. Isteri anda, dua orang anak perempuan anda dan seekor ayam jadi empat. Saya dan tiga ekor ayam, jadi empat”. Dan dia mengambil tiga ekor ayam, diletakkan di dalam pinggannya. Dia mendongak ke langit sambil berkata, “Alhamdulillah, Engkaulah yang telah memahamkan saya semua ini”.

(Kelakar tak? Kalau tak rasa nak ketawa, buat-buatlah ketawa sikit, hilangkan stress.)

Dipetik dari kitab ‘kisah-kisah lucu’ oleh Imam Ibn al-Jauzi.


Credit dari blog Ustazah maznah : http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

Bertulis atau Bercakap

Assalamualaikum,

Rakan2 bertemu kita sekali lagi,
satu persoalan untuk anda?
Mana lebih hebat dn kuat?
Tulisan atau percakapan?

Untuk tulisan Mari tengok video ni


Bagaimana pulak dengan kata2 atau percakapan?
Hehe anda pasti tahu, bahawa percakapn sangat penting sperti mana2 pemimpin parti atau negara, antara senjata utama mereka adalah percakapan,
Maka tidak dapat dinafikan kenyataan ini.



diantara dua2 ini adalah penting dn sgt2 berpengaruh, bagaimana blog2 ataupun media2 boleh mempengaruhi seseorang,

Tetapi bagi saya, satu perkara yang dapat lawan dua2 kuasa besar ini adalah PERBUATAN/PERLAKUAN.

BAgaiMANA? Anda SETujU??    :D

Wednesday, June 27, 2012

Kemenangan Mesir, Kebangkitan Islam

Seperti sahabt2 sekalian tahu,
beberapa tahun kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa dunia,

Antara nya adalah,
DEngan kebangkitan rakyat di timur tengah,
kita dikejutkan lagi dengan kemenangan mesir.

Mengapa semua ini berlaku?
adakah dirancang?

Sekiranya anda kata dirancang maka anda adalah benar,
sekiranya anda kata ini tidak dirancang maka ia adalah benar jugak,

Mengapa?

Anda betul sekiranya anda kata ini dirancang oleh Allah,
Anda jugak betul sekiranya anda kata manusia ade sebahagiannya tidak menjangkakan perkara ini berlaku.

Kemenangan Islam, sangat berkait rapat dengan pemimpin Islam yg ikhlas, benar, dan adil,
kemenangan Islam juga adalah bermula dari kesedaran setiap individu utk mengamalkan islam sepenuhnya,

apapun, mari kita terus menyokong dan mempersiapkan diri utk apa2 yang berlaku dimasa hadapan.

Mari kita sentiasa perbaiki diri kita walaupun perit, moga amal kita diterima Allah

Saturday, June 23, 2012

Dikala Senja




Dikala senja,

byk aktiviti yg dibuat oleh seseorg,

ade yg bersukan,

ade yg borak2 ngn member smbil minum petang,

ade yg dok lepak depan tv, biase byk citer2 best time epic mcm ni,




ade yg dok lepak depan komputer, lyn movie, buat kerja,dok scan komputer dr virus,

ade yg layan musika, ikot minat masing, seperti trance, lagu touching, soundtrack, lagu jiwang, lagu 80 an, 70 an, 90 an, jepun, org putih, nasyid, dn byk lg musik, tak tertulis,







sememangnya petang adalh satu waktu yg sgt bermakna,

kalau kita tgk ulama',

ade yg dok terkenang dosa2,





berzikir(ingat Allah),

sememangnya senja adalah waktu sprti duka ade, sedih ade,



org kata satu waktu yg tidak dpt ditulis atas kertas,

unik hati manusia ni...

Friday, June 22, 2012

Bermula dari Kosong



wow.sgt lama aku sudah tidak menulis.tanganku sudah berkarat untuk menulis.Bahasa, Olah ayat, semuanya tunggang langgang



Aku terasa utk mula menulis apabila mendapat suntikan semgat dari sedara aku.

Tapi tu laa.. idea menulis da hilang di telan zaman.

Bagi mereka yang singgah lalu blog ini, aku akan cuba update apa yang perlu untuk anda semua. so selalu lah singgah bolg ini

Blog ini mungkin akan berubah gaya penulisan dan tatabahasa kerana agak mengambil masa utk boleh menulis seperti dulu.

Bak kata ramai orang nak mula balik kena lah bermula dari kosong jadi terus setia dgn blog ini... :-)